A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penyakit
  6. /
  7. Diabetes Mellitus
  8. /
  9. Memakai Kasut Yang Sesuai

Memakai Kasut Yang Sesuai

Pemakaian kasut yang sesuai adalah sangat penting bagi pesakit Diabetes atau juga lebih dikenali sebagai penyakit Kencing Manis untuk mengelakkan komplikasi kaki yang lebih teruk.

Pengenalan

Pemakaian kasut yang sesuai adalah sangat penting bagi pesakit Diabetes atau juga lebih dikenali  sebagai penyakit Kencing Manis untuk mengelakkan komplikasi kaki yang lebih teruk. Kajian menunjukkan 15% pesakit Kencing Manis dianggarkan mendapat ulser atau luka pada kaki sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, yang boleh berakhir dengan pemotongan anggota badan atau amputasi. Kaki merupakan anggota paling berisiko kerana ia merupakan anggota badan paling bawah yang menampung keseluruhan tekanan berat badan secara berterusan , serta paling banyak menanggung kecederaan. Berbanding dengan muka atau tangan, kaki juga merupakan anggota yang paling jarang diperiksa oleh pesakit dan ini boleh mengakibatkan luka lewat dikesan.

 

.2121

Gambar 1: Kawasan (A,B,C,D,E dan F) pada kaki yang sering mendapat ulser atau luka tekanan.

 

Komplikasi / Gejala / Tanda

Komplikasi penyakit Kencing Manis yang membuatkan kaki sangat berisiko ialah:

  1. Sensory Neuropathy’: Keadaan dimana saraf deria rasa pada kaki rosak yang mengakibatkan pesakit berasa kebas atau hilang deria rasa-sakit. Ini mengakibatkan luka lambat dikesan oleh pesakit.
  1. Autonomic Neuropathy’: Keadaan dimana kawalan kelenjar peluh pada kaki tidak berfungsi menyebabkan kulit kaki menjadi kering dan merekah. Ini menjurus kepada luka yang boleh merebak atau dijangkiti kuman.
  1. ‘Motor Neuropathy’: Keadaan dimana otot-otot kecil di bahagian kaki musnah, tulang serta sendi kaki rosak dan mengakibatkan struktur kaki menjadi tidak normal. Ini boleh mengakibatkan luka tekanan berlaku pada bahagian tersebut.
  1. ‘Vasculopathy’: Keadaan dimana salur darah pada bahagian kaki tersumbat, menyebabkan kaki tidak mendapat oksigen dan zat yang mencukupi. Seterusnya sel dan tisu pada kaki akan mati atau ‘gangrene’. Jika terdapat luka atau jangkitan kuman pada bahagian tersebut,maka antibiotic akan gagal dialirkan ke kawasan tersebut.
  1. ‘Immunopathy’:Keadaan dimana sel imunisasi badan menjadi lemah, menyebabkan pesakit sukar mengawal jangkitan kuman dengan lebih berkesan.Sekaligus menyebabkan jangkitan mudah merebak dengan cepat.

Contoh komplikasi kaki yang boleh berlaku:

i) Kerosakan salur darah dan kematian sel dan tisu pada kaki: “gangrene”.

2222 2323 2424

ii) Sendi runtuh dan tulang hancur mengakibatkan bentuk kaki abnormal.

2525

2626

 

 

 

 

 iii) Jangkitan kuman yang teruk dan gagal dikawal.

2727

 2828

iv) Amputasi atau pemotongan pada jari kaki.

2929

Antara komplikasi kaki pesakit Kencing Manis yang mungkin berlaku jika memakai kasut yang tidak sesuai.

3030  ? 3131
3232  ? 3333
3434  ? 3535

Pencegahan

Setiap pesakit Kencing Manis mungkin akan mengalami satu tahap komplikasi yang teruk seperti di atas sepanjang hayat mereka.Pencegahan adalah sangat penting kerana kos rawatan kepada komplikasi ini sangat mahal dan memakan masa yang lama dalam proses penyembuhanya. Oleh itu, mengawal paras gula di dalam darah secara berterusan dengan mengambil ubat Kencing Manis mengikut arahan doktor adalah sangat penting.

Tips pemilihan kasut yang sesuai untuk pesakit Kencing Manis:

    1. Bertutup penuh. Elakkan memakai selipar jepun, terompah atau sandal bertali.
      • Kasut yang sesuai: ?
3636 3737
      • Kasut yang perlu dielakkan: X
3838 3939
    1. Pilih kasut yang diperbuat daripada getah yang boleh meregang supaya kasut dipakai lebih selesa walaupun kaki bengkak atau terdapat pembalut pada luka. Lebih elok jika kasut bertali atau ada ‘zap on’ di bahagian atas untuk memudahkan keluasan kasut diubah mengikut keadaan dan keselesaan.

    1. Pilih tapak kasut mempunyai sedikit tumit(kurang dari 2 cm atau lebih elok jika tapak ‘rocker bottom’.
    2. Pastikan tiada jahitan atau lipatan tajam atau tidak rata di mana-mana bahagian kasut.

    3. ‘Insole’ atau bahagian tapak dalam kasut yang lembut ditambah sebagai penyerap tekanan ketika berjalan dan juga sebagai pelapik kawasan yang berisiko untuk mendapat luka tekanan.

4141 4242
    1. Kasut jenis/berbentuk B, iaitu hujung kasut yang lebar dan cukup ruang untuk jari-jari kaki digerakkan dan tidak terlalu ketat (jarak di antara hujung jari terpanjang dan ruang hadapan kasut sekurang-kurangnya 1 cm,ketika berdiri).

4343

 

    1. Sentiasa memakai kasut dengan stoking diperbuat daripada kapas yang menyerap peluh.
    2. Sentiasa memeriksa kasut untuk memastikan tiada benda-benda tajam atau benda-benda asing didalam kasut sebelum memakainya.

Rawatan Pemulihan Carakerja / Rehabilitasi

 Pesakit yang mengalami luka tekanan pada kaki.

4444

Langkah-langkah rawatan pemulihan oleh Pegawai/Jurupulih Perubatan (Carakerja) yang boleh dilakukan untuk pesakit seperti diatas adalah:

  1. Menyarankan kepada pesakit kasut yang sesuai untuk dipakai. 
    4545 4646
  2. Membuat lakaran pelapik tapak kasut bahagian dalam (insole) daripada plastazote, mengikut saiz tapak kaki pesakit .
    4747
  3. Kemudian, membuat lubang pada pelapik tapak kasut bahagian dalam (insole), mengikut saiz luka yang terdapat pada kaki pesakit bagi menghapuskan tekanan yang terkena pada luka tersebut.
    4848
  4. Pelapik tapak dalam (insole) yang telah di adaptasi diletakkan kedalam kasut pesakit.4949
  5. Pesakit akan merasa lebih selesa apabila tekanan pada bahagian luka dapat dikurangkan dan ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan.5050

Contoh- contoh kasut yang telah di ubahsuai.

5151 5252

Rujukan

  1. Tovey FI. The manufacture of diabetic footwear. Diabet Med 1984; 1: 69-71.
  2. Bergin S.M.al. Australian Diabetes Foot Network: Practical Guideline On The Provision Of Footwear For People With Diabetes. Journal of Foot and Ankle Research 2013, 6:6.
  3. http://www.jfootankleres.com
  4. Cik Nur Rahimawati Binti Abd. Rahman  Pakar Orthopedik UD54 Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.
  5. Gambar pesakit yang dirujuk ke Unit Pemulihan Carakerja.
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Azwahida bt. Abu Bakar
Akreditor : Wan Mohd Zailan b. Wan Abdullah
Penyemak : Tan Foo Lan

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,802,444

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-20 11:39:38
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia