A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Keracunan

Keracunan adalah reaksi tubuh apabila bahan toksik memasuki ke dalam sistem tubuh manusia

Pengenalan

Keracunan adalah reaksi tubuh apabila bahan toksik memasuki ke dalam sistem tubuh manusia melalui:

  • Mulut
  • Sedutan/Pernafasan
  • Kulit atau mata.

Bahan-bahan toksik yang sering mengakibatkan keracunan seperti:

  • Ubat-ubatan
  • Racun Serangga
  • Gas
  • Produk pertanian seperti baja dan racun rumpai
  • Bahan-bahan kimia industri.
  • Bahan-bahan pencuci di rumah

Apakah gejala-gejala keracunan?

Gejala keracunan bergantung kepada jenis bahan toksik yang terlibat, jumlah yang diambil terdedah dan usia mangsa.

Ada keracunan yang kesannya timbul serta-merta dan ada yang mengambil tempoh beberapa jam atau hari sebelum menunjukkan gejala.

Gejala-gejala yang sering berlaku ialah:

  • Loya
  • Muntah
  • Pening
  • Sakit perut
  • Sesak nafas.

Apakah kesan-kesan akibat keracunan?

Kesan keracunan yang berlaku bergantung kepada jenis bahan toksik, jumlah yang diambil, usia dan keadaan kesihatan mangsa.

Bagaimana saya boleh membantu mangsa keracunan?

Bantuan awal kepada mangsa adalah bergantung kepada jenis bahan toksik yang terlibat. Umumnya, bantuan segera berikut amat diperlukan:

  • Alihkan mangsa daripada punca bahan toksik serta-merta
  • Tanggalkan pakaian yang tercemar seberapa segera
  • Basuh anggota yang terlibat menggunakan air.

Hantar segera mangsa ke hospital.

Kenalpasti bahan toksik yang terlibat dan serahkan kepada doktor yang merawat.

Bagaimana saya boleh mencegah keracunan?

  • Baca label pada botol/bekas sebelum mengambil/memberi sebarang ubatan.
  • Ambil ubatan seperti yang disarankan oleh doktor.
  • Pakai peralatan perlindungan diri semasa mengendalikan sebarang bahan kimia.
  • Pastikan racun/bahan toksik disimpan ditempat yang selamat.
Semakan Akhir : 25 April 2012
Penulis : Dr. Muhammad Fadhli Mohd Yusoff
  : Dr. Ahmad Tajuddin Mohamad Nor
Penyemak : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah

Artikel Berkaitan

Tips Keselamatan untuk Masalah Menelan

Masalah menelan (dysphagia) boleh terjadi kepada sesiapa yang pernah menghidap strok, penyakit neurologi atau saraf (sebagai contoh Parkinson’s), kecederaan otak, atau segala jenis masalah struktur organ menelan seperti kanser tekak atau pangkal hidung.

Melecur

Melecur atau luka lecur adalah kecederaan pada kulit / lapisan kulit  akibat  terdedah

Lemas

Lemas adalah keadaan yang berlaku apabila oksigen terhalang/sekat daripada memasuki saluran pernafasan akibat tenggelam dalam air

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,617,169

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-30 11:59:30
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia