A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Mengendalikan Tantrum

Tantrums adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibu bapa. Ia boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar

Tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 – 48 bulan.

[addthis tool=”addthis_inline_share_toolbox_above”]

Tantrums adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibu bapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadang-kala, menahan nafas mereka.

Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibu bapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara daripada pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka.Pada masa yang sama, ibu bapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan atau sebab-sebab lain.

Jika ini berlaku, mereka berasa kecewa kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain. Oleh itu, Tantrums adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.

Selalunya, kanak-kanak hanya akan hentikan Tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibu bapa juga menyumbang kepada berapa kerap Tantrum akan berlaku.

Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan Tantrum jika ibu bapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika ibu bapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkah laku yang negatif.

Lihat Tantrum secara positif! Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang yang baik bagi ibu bapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan. 

Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan Tantrum?

Ketika anak anda sedang melakukan Tantrum, pastikan perkara-perkara di bawah:

  • Pastikan anak anda selamat.
  • Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut.
  • Jangan hukum anak anda.
  • Jangan berikan ganjaran.
  • Jika boleh, asingkan anak anda.
  • Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindak balas kepada Tantrum itu.
  • Menghukum kanak-kanak kerana Tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan Tantrum menjadi lebih teruk dalam jangka masa pendek dan menyebabkan tingkah laku Tantrum kekal dalam jangka masa panjang.

     

    Jika ibu bapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan Tantrum, Tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibu bapa melakukan perkara ini, ibu bapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan Tantrum untuk memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga dewasa.

     

    Abaikan Tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan Tantrum. Ibu bapa patut mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan Tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibu bapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.

     

    Ibu bapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak berumur dua tahun atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan. ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak daripada situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa Tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.

    Apa yang perlu ibu bapa dilakukan jika Tantrum berlaku di rumah?

    Apabila kanak-kanak melakukan Tantrum di rumah, ibu bapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindak balas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.

    Apa yang perlu ibu bapa lakukan apabila Tantrum berlaku di tempat awam?

    Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang tindak balas kepada kelakuan itu. Apabila Tantrum reda, cakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika Tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti di dalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan
    kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang, bercakap dengannya
    mengenai kelakuannya.

    Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika Tantrum berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.

     

    Semakan akhir : 28 Ogos 2020
    Penulis : Dr. Norharlina bt. Bahar
    Akreditor : Dr. Irene Cheah Guat Sim
    Penyemak : Dr. Zainab bt. Kusiar 

    Artikel Berkaitan

    Kemahiran Keibubapaan Anak Remaja

    Perubahan hormon yang terdapat di dalam tubuh remaja semasa proses peralihan dari kanak-kanak kepada dewasa boleh mendatangkan masalah bagi remaja

    Najis tidak normal

    Ciri–ciri najis serta frekuensi pembuangan najis mungkin dapat memberikan indikasi tahap kesihatan kanak-kanak/bayi anda.

    ALAMAT

    Bahagian Pendidikan Kesihatan,
    Kementerian Kesihatan Malaysia,
    Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
    Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62590 Putrajaya, Malaysia.

    TALIAN AM :   +603 8000 8000

    FAKS :   +603 8888 6200

    EMEL :   myhealth@moh.gov.my

    BILANGAN PENGUNJUNG : 223,600,534

    TARIKH AKHIR KEMASINI :
    2024-04-30 11:59:30
    IKUTI KAMI

    PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

    Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia