1.Pengenalan
Dalam usaha kerajaan menjaga kepentingan semua pihak khususnya melibatkan kebersihan dan penyediaan makanan yang betul, pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggubal Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009. Ia diwujudkan khususnya adalah untuk melindungi pengguna daripada penyakit bawaan makanan serta menjamin keselamatan makanan yang dipasarkan untuk pengguna.
Peraturan – Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009) ini merupakan Peraturan yang digubal mengikut peruntukan Seksyen 34 di bawah Akta Makanan 1983 dan telah diwartakan oleh kerajaan pada 28 Februari 2009.
- Skop
Di bawah Peraturan ini terdapat dua perkara diperkenalkan, pertama adalah pendaftaran premis makanan mengikut kategori dan kedua adalah kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun. Terdapat empat (4) kategori premis makanan yang wajib didaftarkan dan 33 jenis kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun.
Terdapat empat (4) kategori premis makanan yang dikenalpasti secara atas talian (online) melalui sistem FoSIM. Jenis dan kategori premis makanan tersebut adalah seperti di bawah ini :
- Premis yang terlibat dalam pengilangan makanan
- Premis yang terlibat dalam katering makanan dan katering makanan secara besar-besaran
- Premis di mana makanan disedia, diproses, disimpan dan dihidangkan untuk jualan
- Semua kenderaan yang makanan sedia dimakan dijual
Kesalahan yang dilakukan sama ada oleh tuan punya, pemunya, penghuni premis makanan, pengendali makanan, penyedia makanan, pengendali mesin menjual makanan, serta seseorang yang mengangkut makanan menggunakan kenderaan boleh didenda maksimum RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Antaranya adalah berkaitan kesalahan daripada segi amalan pengendali makanan, reka bentuk dan bangunan dan peralatan yang digunakan.
- Senarai Kesalahan Boleh Dikompaun
Maklumat kesalahan secara terperinci berkaitan kesalahan-kesalahan boleh dikompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 boleh dirujuk seperti di bawah ini :
Jadual Keempat : Kesalahan-kesalahan di bawah (Peraturan 58) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, merupakan kesalahan- kesalahan yang boleh dikompaun adalah seperti berikut :
Peraturan 3 – Tidak mendaftar premis makanan
Peraturan 7 – Tidak memperbaharui perakuan pendaftaran premis makanan
Peraturan 8 – Tidak mempamerkan perakuan pendaftaran, notis dsb, di premis makanan
Peraturan 9 – Tidak mengadakan program jaminan keselamatan makanan (kilang makanan sahaja)
Peraturan 10 – Tidak mengadakan sistem pengesanan makanan
Peraturan 11 – Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan tugas am tuan punya/ pemunya atau penghuni premis makanan
Peraturan 30 – Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan latihan pengendali makanan
Peraturan 31 – Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan kehendak pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan pengendali makanan
Peraturan 32 – Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan pakaian pengendali makanan
Peraturan 33 – Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan kebersihan diri pengendali makanan
Peraturan 34 – Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan kewajipan untuk mengekalkan premis makanan bersih
Peraturan 35 -Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan pengendalian perkakas makanan
Peraturan36 -Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan penyediaan, pembungkusan dan penghidangan makanan
Peraturan 37 -Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan penyimpanan, pendedahan dan pameran makanan untuk dijual
Peraturan 38 -Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan penyimpanan makanan
Peraturan 39 -Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan penyediaan daging
Peraturan 40 -Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan pengangkutan daging
Peraturan 41 -Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan penjualan daging
Peraturan 42 -Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan pemunggahan dan penurunan ikan
Peraturan 43 -Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan pengendalian ikan segar
Peraturan 44 -Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan krustasia atau moluska yang diproses
Peraturan 45 -Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan penyimpanan ikan segar
Peraturan 46 -Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan pengangkutan ikan segar
Peraturan 47 -Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan penjualan ikan dingin dan sejuk beku
Peraturan 48 – Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan penyediaan, pembungkusan atau penjualan ais krim atau konfeksi sejuk beku
Peraturan 49 -Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan perlakuan orang yang terlibat dalam penjualan ais krim dan konfeksi sejuk beku
Peraturan 50 -Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan suhu susu
Peraturan 51 -Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan penjualan susu
Peraturan 52 – Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan pengangkutan penyimpanan dan penghantar serahan ais
Peraturan 53 – Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan pemasangan mesin jual makanan atau mesin jual air
Peraturan 54 – Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan mesin jual makanan
Peraturan 55 – Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan mesin jual air
Peraturan 56 – Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan pengangkutan makanan
Rujukan
- Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009
Semakan Akhir | : | 20 Januari 2016 |
Penulis | : | En. Hasnudin bin Meran |
Akreditor | : | En. Ahmad Fakurazi bin Abu Bakar |