Dr. Ho Bee Kiau mempunyai pengalaman kerja selama 24 tahun dan beliau merupakan seorang Pakar Perunding Perubatan Keluarga di Klinik Kesihatan Bandar Botanic, Klang, Selangor Darul Ehsan.
Beliau telah menamatkan pengajian dari UMMC dengan memperolehi MBBS dan Master in Family Medicine. Beliau juga telah berpeluang mengikuti pengajian Sub-Specialist Training di dalam bidang “Community Geriatrics” di Monash University, Melbourne, Australia.
Dr. Ho Bee Kiau merupakan seorang Pakar Perunding Perubatan dengan minat khas dalam bidang penjagaan warga emas, beliau telah memberi banyak sumbangan dalam bidang ini termasuklah penghasilan garis panduan untuk penjagaan warga emas di kalangan anggota dan penjaga, menjalankan kajian dan penerbitan demi peningkatan kualiti perkhidmatan warga emas, menyampaikan ceramah/taklimat dalam pelbagai aspek penjagaan warga emas kepada anggota badan kerajaan dan bukan kerajaan serta komuniti.
Antara kertas kerja atau tesis yang telah dilakukan oleh beliau adalah:
-
“Co-relation between central obesity and dyslipidemia”
-
“An audit on polypharmacy among elderly in Primary Care Setting”
-
“The effectiveness of SMBG in Type II Diabetes patients in Primary Care”
-
“To assess the effectiveness of CPG in the management of Adult Dengue infection”