Saya dilahirkan sihat walafiat. Saya memang sukakan kegiatan luar sekolah. Masa sekolah sayalah bintang bola sepak dan ahli pengakap. Zaman persekolahan amat menyeronokkan. Apabila dewasa saya bekerja kuat dan rajin bersukan untuk menjadi cergas. Satu hari saya bertemu gadis idaman. Cinta pandang pertama semuanya berjalan dengan baik, akhirnya kami pun mendirikan rumah tangga dan di situlah bermulanya perjalanan saya. Dia pandai memasak. Bukankah pepatah mengatakan gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Itulah yang terjadi pada saya, dia masak saya makan, saya tidak hiraukan berat badan. Lama kelamaan kegiatan riadah saya hanya tinggal kenangan. Saya hampir tidak boleh bergerak dan berpusing.
Apa yang saya dapati saya akan lebih aktif apabila melihat makanan di atas meja. Walaupun hidup saya bahagia ketika itu saya tidak sangka apa yang akan terjadi di kemudian nanti. Ketika berumur 40 tahun, saya mengetahuinya saya terkena diabetes.
Anak macam mana? Anak saya mungkin lagi setahun akan habis. Macam mana En. Johan rasa? Adakah rasa letih? Saya rasa terlalu letih, selalu terasa letih. Mula-mula saya rasa selalu letih dan dahaga. Saya juga kerap buang air kecil.
En. Johan anda menghidap penyakit diabetes. Jangan risau saya jelaskan keadaan awak. Badan awak kekurangan hormon insulin dan insulin yang dihasilkan tidak berfungsi dengan baik. Insulin diperlukan oleh badan untuk menukar glukosa menjadi tenaga. Biar saya terangkan lebih lanjut. Insulin ialah hormon daripada gejala yang dinamakan pankreas yang terletak di belakang perut. Ini yang dinamakan kalenjar pankreas hormon ini menukar makanan kita menjadi tenaga. Pankreas orang yang hidap diabetes tidak mengeluarkan cukup insulin dan insulinnya tidak berfungsi secara normal, akibatnya glukosa dalam sel badan sebaliknya ia berkumpul dalam darah menyebabkan glukosa dalam darah meningkat. Saya sedar saya memang gemuk tapi tidak akan terlalu berlebihan. Kita perlu mengekalkan berat badan yang betul untuk mengawal darah-darah kita sebab kalau berat badan kita berlebihan insulin tidak akan dapat berfungsi dan berkesan. Lagipun umur kita meningkat kita tidak perlukan makanan berlebihan. En. Johan awak perlu bersenam, maksud saya kerap bersenam. Saya akan cubalah. En. Johan awak mesti bersenam. Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20 minit setiap sesi. Oklah doktor senaman sangat baik untuk pesakit diabetes kerana ia menolong mengurangkan glukosa dalam darah dan membetulkan pengedaran darah. Awak juga perlu mengawal makanan dan dapatkan khidmat pakar pemakanan cara kebersihan diri dan makan ubat mengikut doktor. Tetapi kalau awak tidak mengamalkan nasihat-nasihat yang saya berikan percayalah kesan diabetes akan menjadi lebih teruk daripada apa yang awak sangkakan. Awak juga akan mendapat sakit jantung, kerosakan buah pinggang dan kehilangan kaki. Cukup menakutkan, saya tidak mahu kehilangan kaki saya. Jadi saya akan patuhi nasihatnya.
Jangan degil! Saya dah kata jangan makan makanan bergoreng dan berlemak. Jaga pemakanan awak betul-betul banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Percaya tidak saya mula berjoging setiap hari, mujurlah saya dapat pujuk Chong supaya berjoging sama-sama. Saya kembali bertenaga setiap kali selepas saya beriadah, muka saya pun kembali berseri seperti sediakala.
Nasib saya boleh dikatakan baik. Saya cepat tahu mengenai diabetes saya boleh mendapat hidup seperti biasa. Hidup akan bahagia kalau kita bertanggungjawab menjaga diri kita.