counter
MyHEALTH Portal - Penyusuan Susu Ibu

 

    Capaian w3c

               Reset                   Saiz Teks   Kecil Sederhana Besar            Warna Teks   Biru Merah Hijau Hitam/asal            Kontras   Tinggi Sederhana Rendah                      

 

Laman Utama    Profil     Hubungi Kami    Peta Laman      

[Ahad, 01 Ogos 2010]        
Kanak-Kanak Remaja Dewasa Warga Emas Pemakanan Ubat & Anda Kesihatan Pergigian Kesihatan Mental
 
Asas kesihatan, pendidikan dan asuhan kanak-kanak bermula daripada ibu bapa yang
berpengetahuan. Mulakan dunia anak-anak anda dengan kehidupan yang aktif dan sihat!
 
Umum
Kesihatan Bayi Baru Lahir
Pemakanan
 
+
Penyusuan Susu Ibu
    Teknik yang betul
    Masalah penyusuan susu ibu
    Tanda-tanda bayi tidak mendapat susu ibu yang mencukupi
    Penyusuan Susu bagi ibu yang bekerja
 
+
Makanan Pelengkap
 
+
Pemakanan Kanak-kanak Petatih dan Pra-sekolah (2 hingga 6 tahun)
 
+
Makanan Pelengkap Yang Baik
 
+
Resipi Makanan Pelengkap
 
+
Garis Panduan Pemakanan bagi Kanak-kanak Yang Kekurangan Berat Badan
 
+
Garis Panduan Pemakanan bagi Kanak-kanak Berlebihan Berat Badan
 
+
Merancang menu sihat untuk kanak-kanak sekolah
 
+
Memilih makanan sihat untuk kanak-kanak sekolah
 
+
Bekalan makanan sihat untuk kanak-kanak sekolah
Tumbesaran dan Perkembangan
Kesihatan Pergigian
Kesihatan Mental
Imunisasi
Kecederaan, Kemalangan dan Keracunan
Keadaan Penyakit Khusus
Pengubatan

MEDIA BERKAITAN

 

 

 
 

Pemakanan >> Penyusuan Susu Ibu >> Teknik yang betul


Teknik yang betul

Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah - langkah yang boleh membantu:


Posisi

  • Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.
  • Pastikan kepala dan badan bayi lurus.
  • Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.
  • Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa.


Gambar 1:Duduk dan letakkan satu atau dua bantal untuk mengampu bayi anda.


Gambar 2:Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)


Pelekapan


Sentuh mulut bayi dengan puting anda. Tunggu sehingga bayi membuka mulutnya paling luas.


Rapatkan bayi ke payu dara (bukan payu dara ke bayi). Rapatkan seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala. Pastikan seluruh bahagian tampok hitam (areola) masuk ke dalam mulut bayi.


Anda boleh membantu bayi melekap dengan memegang payu dara dengan tangan. Pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payu dara.

Tanda-tanda pelekapan yang salah

Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi. Kebanyakan masalah yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul. Berikut adalah tanda - tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan:

  • Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
  • Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
  • Payu dara mungkin bengkak.
  • Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.


Gambar menunjukkan bayi yang tidak melekap dengan betul. Ini boleh mengakibatkan masalah seperti kebengkakkan payu dara dan puting melecet.



Penilaian samada bayi menyusu dengan betul

Gambar ini menunjukkan bayi menyusu dengan cara yang betul

  • Mulut bayi terbuka luas.
  • Dagu bayi menyentuh payu dara.
  • Bibir bawah bayi bergulung keluar.
  • Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
  • Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
  • Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.


Gambar menujukkan apa yang berlaku di dalam mulut bayi ketika penyusuan jika bayi melekap dengan betul.


Petunjuk:

  1. Puting
  2. Areola dan tisu payu dara dengan duktus susu dibahagian bawah areola.
  3. Lidah bayi.
  4. Payu dara.
  5. Tekak bayi.

Gambar menunjukkan bayi melekap dengan betul.

Semakan akhir : 10 April 2007

Dilawati : 4090
Cetak Cetak
 
 
            penafian  |   dasar privasi   |   kemudahan akses   |   jaminan kualiti   |   webmaster   |   content management system              Hakcipta Terpelihara ©2009 Kementerian Kesihatan, MALAYSIA