A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

Psoriasis

Definasi

Psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Penyakit ini tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut, siku lengan dan kaki tetapi boleh juga melibatkan bahagian badan yang lain termasuk kuku.

Tanda-tanda

Tahap serius berbeza bagi setiap individu. Tanda-tanda berlainan bagi setiap individu dan merangkumi :

  • Keguguran sisik pada kulit
  • Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
  • Gatal tetapi pada tahap yang minima

Jenis-jenis psoriasis

  • Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
  • Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
  • Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis
  • Psoriasis bahagian lampin
  • Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia bernanah dan menyebabkan kesakitan

Guttate psoriasis

Plaque psoriasis (bertompok dan timbul)

Komplikasi

Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:

  • Sendi-sendi hujung pada jari tangan atau kaki
  • Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat)

Krim dan ubatan yang boleh melegakan.

Pelembab

  • Ia adalah penting untuk menjaga kulit yang terlibat lembap sepanjang masa. Anda seharusnya :
    • Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap bila sisik agak banyak
    • Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak
    • Sapu pelembap sebaik sahaja selepas mandi

Ubatan dan krim

  • Doktor akan memberi ubatan seperti :
    • Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap .
    • Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine atau Calcipatriol
    • Cahaya ultraviolet NBUVB dan fototerapi PUVA

Di mana untuk mendapat rawatan?

Pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan dan berjumpa doktor anda. Doktor anda akan menilai keadaan anda dan mulakan rawatan yang sesuai. Jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada betapa teruk penyakit anda

Perkara perlu diingati

Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini. Jangan garu atau kikis sisik atau psoriasis kerana ia akan menjadi lebih teruk dan kulit menebal.

Semakan Akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. A. Khalek Abd Rahman
Penyemak : Datin Dr. Asmah Johar

 

Related Article

Melioidosis

What is Melioidosis? Melioidosis, an infectious disease also known as

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 229,803,474

LAST UPDATE :
2024-11-19 10:36:13
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia